Selasa, 3 Julai 2012

NISFU SYA'BAN

MALAM NISFU SYA'BAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Sya'ban bererti setengah bulan Sya'ban. Malam Nisfu Sya'ban adalah malam lima-belas Sya'ban iaitu siangnya empat-belas haribulan Sya'ban. Maka, Nisfu Sya'ban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Sya'ban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Sya'ban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Sya'ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul  Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Sya'ban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan Nisfu Sya'ban dengan sabdanya yang bermaksud :
 Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah S.W.T (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia". Allah S.W.T berfirman "Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yang begini sehinggalah terbit fajar ".
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah Malam Nisfu Sya'ban. Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah datang kepada hambaNya pada Malam Nisfu Sya'ban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Sya'ban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'ban bermula pada 14 hb Sya'ban sebaik sahaja masuk maghrib).

Rabu, 13 Jun 2012

MENU DIET UNTUK SEMINGGU

Cuba amalkan...kita tengok, berapa kg boleh turun...ada berani?? hihihi....yang penting sihat ok..:-)

Jumaat, 8 Jun 2012

Doaku Buat Suami Tersayang...




Ya Allah...
Ampunilah dosaku di atas segala kesilapan lalu
Yang begitu banyak tidak terhitung
Berikanlah aku  ruang dan kesempatan
Untuk  memperbaiki segala amalanku

Ya Allah...
Kurniakanlah aku sifat sabar yang tiada terbatas
Kekuatan dan ketabahan hati dalam menerima segala ujian-Mu
Jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa redha akan segala ketentuan-Mu
Peliharalah lidahku dari kata-kata yang tidak memberi manfaat
Tingkah laku yang menyimpang dari ajaran-Mu
Kuatkanlah semangatku dalam melaksanakan segala perintah-Mu
Kurniakanlah aku sifat ihsan sesama insan juga makhluk ciptaan

Ya Allah...
Sekiranya suamiku adalah pilihan-Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah yang bertanggungjawab membimbing tanganku di titian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Andainya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di Syurga-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadhu' akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu
peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini adalah jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya
Tetapi....

Ya Allah...
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Engkau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk mengharungi segala kehendak-Mu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan untuk membetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan
Bimbinglah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Engkau juga yang Maha Pengampun segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku salah membuat keputusan
bimbinglah aku ke jalan yang Engkau Redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Sedarkanlah aku
Andai ingin menghukumku cukuplah di dunia
Tak sanggup aku menahan siksa-Mu di akhirat sana
Andai aku ingkar dan alpa
Berikanlah aku petunjuk ke arah jalan-Mu
Jalan yang Engkau redhai
Bukanlah jalan yang Engkau murkai dan bukanlah jalan orang-orang yang sesat

Ya Allah...
Sesungguhnya aku lemah tanpa Petunjuk-Mu
Aku buta tanpa Bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa Hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah...
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku ini untuk menghayati agama-Mu
Mengamalkan segala perintah-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah untuk suamiku
Hanya pada-Mu aku memohon

Ya Allah...
Pada-Mu ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan kehendak-Mu
Kerana aku sedar hinanya diri ini
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku sering leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaranku dalam taat kepada perintah-Mu
Kerana pendek akalku dalam mengharungi ujian-Mu

Ya Allah...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Ya Allah...
Ampunilah dosa suamiku
Sejahterakanlah dia
Tenangkanlah dia
Mudahkanlah segala urusannya
Murahkan dan berkatilah rezeki yang di carinya
Gembirakanlah dia
Jadikanlah dia pemimpin yang terbaik buatku dan anak-anak
Peliharalah agamanya
Tetapkanlah aku menjadi penyejuk mata, peneman dan penyerinya
Di kala suka dan duka

Aamiin, Ya Rabbal 'aalamiin...


Rabu, 25 April 2012

Tutup Aurat Supaya Selamat


Allah berfirman yang bermaksud:"katakanlah kepada wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya,serta janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain ke dadanya. dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,atau ayah suami mereka (bapa mertua),atau putera-putera mereka (anak-anak lelaki), atau putera-putera suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka (adik-beradik lelaki), atau putera-putera saudara lelaki mereka (anak saudara lelaki bagi adik lelaki atau abang), atau putera-putera saudara perempuan mereka (anak saudara lelaki bagi adik perempuan atau kakak),atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah al-Nur 24:31)

Selasa, 24 April 2012

Sabar Itu Indah

Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah noktah segala tadbir.


Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.


Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Alllah.


Ujian itu penebus dosa...
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak.....
penghias samudera!


- Pahrol Muhamad Juoi -



Isnin, 23 April 2012

Sate Kebab



 Nikmatilah keenakannya
 dengan cara anda tersendiri!!
 Akmal sate kebab ayam terdapat
 dalam perasa lada hitam, beriani
 dan pedas..


Cara Penyediaan:
- Nyahbekukan selama 5-10minit
- Bakar, kukus, goreng, panaskan menggunakan kuali leper atau ketuhar gelombang micro selama 5-7minit
- Sedia untuk dihidangkan....:-)






Harga : RM 12.00 (20 cucuk)