Khamis, 3 Januari 2013

Main Flash Card Huruf Hijaiyyah

4 Jan 2013 - Aktiviti Homeschool hari ini adalah bermain dengan flash card huruf hijaiyyah yang ummi print out sewaktu cuti sekolah yg lepas..untuk bahan Download atau lihat Flash Cards Iqra Blue



Flash card ni amat membantu ummi dalam mengajar Hadiff n Maysarah mengenal huruf dengan lebih mudah..Alhamdulillah :-)

ABC Tree

3 Jan 2013 - Hari ni ummi rancang sebaik sahaja pulang dari menghantar Hadiff  ke sekolah, ummi nak buat ABC Tree untuk Hadiff n Maysarah. Alhamdulillah ummi dapat siapkan kedua-duanya pagi tadi :-)

Inilah hasilnya :-



Ok lah kan..he..he..he..
Flower tu hasil kreativiti Hadiff n Maysarah untuk aktiviti semalam...so ummi cut n tepek kat ABC Tree tu...not bad la kan..sebelah kanan tu Hadiff punya tree n sebelah kiri Maysarah punya..




Ini hasil aktiviti sebelah petang tadi, mengenalpasti sejauh mana mereka kenal huruf-huruf ABC n untuk setakat  ini Hadiff  memang dah boleh ingat ikut turutan A-Z tapi bila di campur adukkan dia hanya kenal baru 13 huruf  n Maysarah br kenal 1 huruf iaitu "O". In Syaa Allah lama-lama penuh la tree tu dengan buah ABC ... ummi yakin anak ummi pasti boleh :-) 

Selasa, 1 Januari 2013

Hadiff dah start sekolah :-)

2 Jan 2013 - Hadiff dah start sekolah :-) . Ummi masukkan hadiff ke Tadika KEMAS Taman Rambai Utama. Ummi n Abi pilih untuk tempatkan Hadiff di sini, antaranya adalah kerana nak bagi Hadiff bersosial agar dapat membiasakan diri dengan persekitaran di sekolah. Ini bagi persediaan Hadiff untuk ke sekolah tahun hadapan. Sekolah ni juga adalah yang paling hampir dengan rumah dan senang nak pantau. Hantar n ambil Hadiff pun boleh jalan kaki je...dekat sangat dengan rumah. Ummi juga berharap Hadiff dapat sesuaikan diri di sekolah n berdoa agar Hadiff mudah untuk terima apa yang akan cikgu ajar nanti.

Di rumah, aktiviti homeschool tetap berjalan seperti apa yg dah ummi rancangkan. Harap tahun ni ummi akan terus istiqamah dalam melaksanakannya.

Aktiviti hari ini :-