Rabu, 13 Jun 2012

MENU DIET UNTUK SEMINGGU

Cuba amalkan...kita tengok, berapa kg boleh turun...ada berani?? hihihi....yang penting sihat ok..:-)

Jumaat, 8 Jun 2012

Doaku Buat Suami Tersayang...




Ya Allah...
Ampunilah dosaku di atas segala kesilapan lalu
Yang begitu banyak tidak terhitung
Berikanlah aku  ruang dan kesempatan
Untuk  memperbaiki segala amalanku

Ya Allah...
Kurniakanlah aku sifat sabar yang tiada terbatas
Kekuatan dan ketabahan hati dalam menerima segala ujian-Mu
Jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa redha akan segala ketentuan-Mu
Peliharalah lidahku dari kata-kata yang tidak memberi manfaat
Tingkah laku yang menyimpang dari ajaran-Mu
Kuatkanlah semangatku dalam melaksanakan segala perintah-Mu
Kurniakanlah aku sifat ihsan sesama insan juga makhluk ciptaan

Ya Allah...
Sekiranya suamiku adalah pilihan-Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah yang bertanggungjawab membimbing tanganku di titian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Andainya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di Syurga-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadhu' akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu
peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini adalah jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya
Tetapi....

Ya Allah...
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Engkau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk mengharungi segala kehendak-Mu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan untuk membetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan
Bimbinglah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Engkau juga yang Maha Pengampun segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku salah membuat keputusan
bimbinglah aku ke jalan yang Engkau Redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Sedarkanlah aku
Andai ingin menghukumku cukuplah di dunia
Tak sanggup aku menahan siksa-Mu di akhirat sana
Andai aku ingkar dan alpa
Berikanlah aku petunjuk ke arah jalan-Mu
Jalan yang Engkau redhai
Bukanlah jalan yang Engkau murkai dan bukanlah jalan orang-orang yang sesat

Ya Allah...
Sesungguhnya aku lemah tanpa Petunjuk-Mu
Aku buta tanpa Bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa Hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah...
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku ini untuk menghayati agama-Mu
Mengamalkan segala perintah-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah untuk suamiku
Hanya pada-Mu aku memohon

Ya Allah...
Pada-Mu ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan kehendak-Mu
Kerana aku sedar hinanya diri ini
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku sering leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaranku dalam taat kepada perintah-Mu
Kerana pendek akalku dalam mengharungi ujian-Mu

Ya Allah...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Ya Allah...
Ampunilah dosa suamiku
Sejahterakanlah dia
Tenangkanlah dia
Mudahkanlah segala urusannya
Murahkan dan berkatilah rezeki yang di carinya
Gembirakanlah dia
Jadikanlah dia pemimpin yang terbaik buatku dan anak-anak
Peliharalah agamanya
Tetapkanlah aku menjadi penyejuk mata, peneman dan penyerinya
Di kala suka dan duka

Aamiin, Ya Rabbal 'aalamiin...